Bilik Sewa

Rent Room

Sublet

Co Living

APA YANG DITAWARKAN OLEH KAMI DI RICHROOMS ASPIRE ROOMSTAY

1.Menyediakan bilik-bilik sewa yang selesa, selamat dan jimat.

Kami mempunyai lebih dari 60 unit bilik sewa di pelbagai lokasi di Johor Bahru. Bilik-bilik sewa kami sesuai untuk semua golongan samada lelaki, wanita, single dan pasangan berkahwin mengikut keperluan anda. Kami menerima penyewa tanpa mengira bangsa dan agama. RichRooms Aspire Roomstay menyediakan unit berasingan untuk mengasingkan penyewa perempuan dan lelaki.

2.Membantu pemilik rumah untuk menyewakan rumah mereka.

Anda boleh bekerjasama dengan kami, kami akan mencari penyewa dan menguruskan rumah anda sepanjang tempoh penyewaan. Anda tidak perlu pening kepala dengan masalah rumah terbiar tanpa penyewa, penyewa tidak bayar atau lambat bayar sewa, rumah rosak, penyewa keluar masuk dan sebagainya. Serahkan kepada kami, biar kami uruskan rumah sewa anda.

NIKMATI PENGINAPAN PREMIUM PADA HARGA BAJET – HANYA DI RICHROOMS ASPIRE ROOMSTAY!

RichRooms Aspire Roomstay menawarkan pengalaman penginapan yang berkualiti dan selesa dengan harga yang berpatutan. Kami menawarkan bilik-bilik sewa bajet dengan kemudahan lengkap yang memenuhi keperluan harian tetamu kami. Sama ada anda bercuti, bekerja, memerlukan penginapan jangka pendek atau jangka panjang.

Keistimewaan kami:
• Kemudahan Lengkap: Mesin basuh, peti sejuk, penapis air, kipas, dan lebih banyak lagi.
• Keselamatan Terjamin: CCTV dan sistem keselamatan untuk ketenangan fikiran anda.
• Lokasi Strategik: Berdekatan dengan pusat bandar, restoran, hospital, shoping complex dan kemudahan lain.
• Harga Berpatutan: Pilihan sewa harian, mingguan, atau bulanan yang fleksibel.

Apa pun tujuan anda – sama ada untuk percutian singkat, penginapan jangka panjang, atau bahkan untuk pemilik rumah yang mahu menyewakan hartanah mereka tanpa pening kepala – RichRooms Aspire Roomstay sentiasa sedia untuk membantu. Dengan pilihan sewaan yang fleksibel dari harian, mingguan, bulanan hingga tahunan, anda bebas memilih apa yang sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda.

GALERI PENGINAPAN

Jom lihat sendiri bilik-bilik selesa yang kami tawarkan! Dari kemudahan moden hingga dekorasi yang minimalis, setiap bilik di RichRooms Aspire Roomstay direka untuk memberi anda pengalaman penginapan yang terbaik. Klik pada gambar untuk melihat lebih lanjut dan bayangkan keselesaan yang menanti anda di Johor Bahru.

mengapa RichRooms Aspire Roomstay Jadi Pilihan Utama Penginapan ?

Pilihan Tepat Untuk Penginapan Selesa Dan Berbaloi

Harga Berpatutan

Kami menawarkan penginapan dengan harga yang kompetitif tanpa mengabaikan keselesaan dan kualiti.

Kemudahan Lengkap

Bilik-bilik kami dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh, kipas angin, peti ais, katil, tilam, penapis air, seterika dan free wifi. Kami juga menyediakan cadar, selimut dan bantal dengan percuma.

Tempoh Penyewaan

Anda boleh memilih untuk menyewa harian, mingguan atau bulanan. Ianya bergantung kepada keperluan dan bajet anda.

Lokasi Strategik

Terletak di Johor Bahru, lokasi kami memudahkan akses kepada pelbagai pengangkutan awam seperti stesen bas, stesen keretapi, airport Senai. Terdapat pasaraya, kedai runcit, restoran, masjid, hospital, sekolah, klinik dan prasarana lain.

Variasi Pilihan Bilik

Kami menyediakan pelbagai jenis bilik, dari bilik single hingga bilik queen, samada lelaki atau perempuan dan ia sesuai untuk individu, pasangan atau keluarga untuk semua bangsa.

Mesra Pelanggan

Kami komited memberikan perkhidmatan yang profesional dan mesra bagi memastikan penginapan anda memuaskan.

Kemudahan Tambahan

Kami meyediakan mini surau yang bersih dan selesa memudahkan anda mengerjakan ibadah solat.

Keselamatan Terjamin

Kami mengutamakan keselamatan dengan sistem CCTV dan persekitaran yang selamat untuk ketenangan fikiran anda.

BLOG

Dapatkan tips dan info terkini tentang penginapan selesa di Johor Bahru serta promosi menarik dari RichRooms Aspire Roomstay.

Hey korang! Tengah cari tempat tinggal yang best kat Johor Bahru? Tak kisah lah korang student, pekerja, atau tengah cari...

Read More

Mencari tempat tinggal yang selesa, selamat, dan murah kat Johor Bahru? RichRooms Aspire Roomstay ada jawapannya! Sama ada korang perlukan...

Read More

Kalau korang plan nak bercuti kat Johor Bahru, pilihan penginapan yang best adalah step pertama untuk pengalaman yang awesome. RichRooms...

Read More

Hey guys! Kalau korang cari tempat tinggal yang bukan je selesa tapi mesra komuniti kat Johor Bahru, RichRooms Aspire Roomstay...

Read More

Hello korang! Pernah tak rasa leceh nak cari tempat tinggal yang sesuai, selesa, dan tak buat poket korang koyak? Kalau...

Read More

Hey guys! Korang tengah cari tempat tinggal yang simple, tapi selesa gila kat Johor Bahru? RichRooms Aspire Roomstay adalah tempat...

Read More

RichRooms Aspire Roomstay menawarkan lebih daripada sekadar tempat tidur. Dengan harga serendah RM349 sebulan, anda akan dapat bilik yang selesa, kemudahan lengkap, dan perkhidmatan mesra. Terletak di kawasan strategik Johor Bahru, anda tak perlu risau tentang akses ke kedai makan, pusat beli-belah, dan pengangkutan awam. Sesuai untuk percutian pendek atau penginapan lama, RichRooms adalah pilihan yang pasti berbaloi dengan setiap sen anda!

maklumat perniagaan

Laman Web Ini Dimiliki Oleh RichRooms Aspire Roomstay